SELAMAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE SEMESTER 2
Kolej MARA Kuala Nerang
Kolej MARA Kuala Nerang terletak di Pekan Kuala Nerang, Kedah. Kolej MARA Kuala Nerang mula beroperasi pada tahun 1 Disember 1994. Kolej ini menjalankan program Matrikulasi Utara Malaysia dalam Jurusan Perakaunan sahaja. Pada tahun 2006, kolej ini menjalankan program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk program Matrikulasi dalam Jurusan Matrikulasi. Bermula tahun lepas iaitu 2007, kolej ini membuka peluang untuk program matrikulasi jurusan Sains. Program terbaru yang ditawarkan ialah Program Persediaan Kejuruteraan & Teknologi UniKL (FET) iaitu pengambilan pertama pada tahun ini (2008).
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KMKN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) ADALAH SATU BADAN KEPIMPINAN PELAJAR YANG DITUBUHKAN SEBAGAI PERANTARA DIANTARA PELAJAR DENGAN PIHAK PENTADBIRAN KOLER MARA KUALA NERABG. TUJUAN DAN TUGAS-TUGAS JPP ADALAH UNTUK:
· MEMUPUK SEMANGAT HIDUP SEBAGAI SATU PERSATUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ
· MERANCANG DAN MENYELIA KEMUDAHAN KEBAJIKAN PELAJAR TERMASUK REKREASI , AKTIVITI KEROHANIAN DAN KEAGAMAAN
· MEMBUAT RAYUAN KEPADA PENGURUSAN KOLEJ MENGENAI SEGALA PERKARA YANG BERHUBUNG ATAU BERKENAAN KEADAAN HIDUP DAN AKTIVITI KOLEJ DAN
· MENJANA AKTIVITI LAIN YANG DITENTUKAN OLEH PIHAK KOLEJ DARI SEMASA KE SEMASA.
VISI
Kearah mengangkat martabat pelajar melalui kecemerlangan akademik dan sahsiah yang seimbang
MISI
Terus Teguh menyeru kebaiakan dan mencegah daripada kemungkaran
Mewujudkan suasana harmoni yang menjunjung agenda kecemerlangan dan perpaduan.
MOTO
Profesionalisme Teras Keunggulan
PIAGAM
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/2009
1. Melahirkan dan mewujudkan suasana belajar dan tempat tinggal
yang kondusif bagi seluruh warga Kolej MARA Kuala Nerang.
2. Perantara antara pelajar dan pentadbiran dalam memberikan khidmat dan pertolongan.
3. Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dalam menyampaikan agenda visi dan misi Kolej MARA Kuala Nerang.
4. Memartabatkan Agama Islam dan menerapkan suasana Islam dalam
jiwa setiap diri Pelajar KMKN.
5. Membina keunggulan dan kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar Kolej MARAKuala Nerang.
6. Menerap budaya KEUSAHAWANAN kepada pelajar Kolej MARA Kuala Nerang sebagaimana hasrat Kementerian dan MARA.